Monday, June 30, 2014

Resepi Ayam Percik Kelantan



RESEPI AYAM PERCIK PUTIH KELANTAN




PENGENALAN

Ayam percik putih Kelantan sememangnya berbeza daripada negeri lain kerana kuahnya berwarna putih dan menjadikannya sangat unik. Rasanya sangat lazat dan menyelerakan. Menurut salah seorang pembuat dan penjual ayam percik di kelantan, utusan Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra pernah beberapa kali membuat tempahan ayam percik untuk santapan dan keraian istana.

Makanan ini merupakan makanan yang mempunyai reputasinya yang tersendiri.Ayam percik Kelantan jika mengikut adat mahupun budayanya adalah hidangan makanan yang paling tinggi darjatnya dalam semua hidangan makanan di Kelantan.

Resepi Ayam percik Kelantan simple ini hanya dihidangkan kepada mereka-mereka yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat contohnya dihidangkan kepada tok-tok guru,imam dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya.Malah diberitakan sekiranya ada majlis-majlis kenduri maka hidangan ini tidak akan dapat di sentuh oleh mereka-mereka yang lain waima kanak-kanak sekalipun.

Di zaman yang serba moden ini,semua pihak sudah boleh membuat dan merasa ayam percik pelbagai jenis.Kebiasaanya ayam percik kuah putih ini sesuai dihidang kepada kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas.Yang pastinya ayam percik ini sangat senang untuk dimasak dan bahan – bahan yang digunakan sangat ringkas.


RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN SEDAP


Bahan bahan:

·         1 ekor ayam - potong 4


Bahan Perap:

·         5 ulas bawang merah - dikisar

·         3 ulas bawang putih - dikisar

·         1 inci halia - dikisar

·         Garam secukupnya

·         Serbuk kunyit ( kalau taknak letak pon boleh )



Bahan Kuah Percik:

·         2 pek santan pekat

·         10 ulas bawang merah - dikisar

·         1 inci halia - dikisar

·         1 batang serai -dikisar

·         3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas -dikisar

·         Garam secukupnya

·         Gula - kena ada rasa manis

·         1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam




CARA-CARA


Cara membuat kuah percik:


1. Campurkan bahan-bahan kisar & santan. Masukkan ke dalam periuk & masak dengan api sederhana. (Kuah hendaklah sentiasa dikacau).

2. Masukkan gula, garam & asam keping/gelugur apabila santan telah mendidih. Pastikan kuah percik agak pekat dan berkilat sebelum dimatikan api, sesuaikan rasa & ketepikan.


Cara membuat ayam percik:


1. Kisar bahan perap sehingga halus. Ayam juga bole dikukus terlebih dahulu sebelom dipanggang. Perap ayam dengan dengan bahan2 kisar, garam & serbuk kunyit sekurang2nya 1/2 jam.

2. Panggang ayam yang telah diperap dengan api sederhana. Pastikan ayam sentiasa dibalikkan pada kedua-dua bahagian.

3. Apabila ayam sudah hampir masak, tuangkan kuah percik ke atas ayam tersebut, kemudian balikkan.

4. Ulang proses yang sama sehingga ayam betul-betul masak.

5. Angkat ayam yang telah masak ke dalam pinggan, tuangkan lebihan kuah percik.




Kesimpulan yang dapat dikongsikan bersama anda semua adalah lihatlah betapa hebatnya hidangan respi ayam percik Kelantan tersebut , mempunyai darjatnya yang tersendiri dan menjadi satu kebanggaan dan pentas penghargaan kepada mereka-mereka yang terpilih sahaja.


Begitulah juga dengan bangsa Melayu hari ini , Melayu sebenarnya mempunyai darjat dan kehebatannya yang tersendiri maka pelihara dan pertahankanlah ia.Jangan jadi seperti mana hidangan ayam percik Kelantan yang ada sekarang ini kerana ianya hanyalah sekadar menu di sebuah restoran makanan di Kuala Lumpur yang hanya berharga tetapi tidak lagi mempunyai keunikan darjatnya.




Nota:


·         Resepi ini juga boleh digunakan untuk ikan percik.

·         Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.

·         Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.

·         Ayam yang telah dibasuh hendaklah dimasukkan sedikit sahaja garam dan halia.

·          Untuk sedapkan lagi ayam masukkan ramuan lain yang sesuai untuk ayam bakar.

·          Percikkan kuah apabila ayam telah masak elok.

·          Jika ayam dipanggang besar ataupun hanya dipotong dua, bolehlah rebus ayam tersebut lebih awal supaya masa membakar lebih singkat. Ia juga dapat mengelakkan ayam menjadi cepat basi jika direbus terlebih dahulu.

9 comments:

  1. sedapnya. saya memang dah lame cari resepi ayam percik kelantan ni. terima kasih ye sebab share resepi ni.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...sya org johor tp nk try gak resipi Kelantan ori...baru best.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih...sya org johor tp nk try gak resipi Kelantan ori...baru best.

    ReplyDelete
  4. hal ia itu apa ya saya dari indonesia

    ReplyDelete
  5. Klw dah letak cili kering dgn kunyit mane dtg putihnya?

    ReplyDelete
  6. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan tuan/puan untuk berkongsi info tentang ayam percik Kelantan dalam artikel ini.

    Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi tuan/puan akan diberikan.

    Tuan/puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-ayam-percik-kelantan-juicy-dan-kuah-merah-creamy.html

    Jika tuan/puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

    Maklumbalas dari pihak tuan/puan adalah amat dihargai :)

    ReplyDelete